Dialog Malam Pertama Pengantin

Dialog Malam Pertama Pengantin Sunni & Syiah setelah sah diijabkabul oleh pihak kadhi.

Kalau personaliti TV, Azwan Ali pasti akan meloncat: 'Tak sayang molooot...'

Bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Dr Hassan Din al-Hafiz mengatakan dalam Berita Harian, 2010/12/18, halaman 4:

"Lebih membimbangkan adalah perkahwinan di antara umat Islam yang berpegang kepada ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengikut Syiah yang boleh mengakibatkan perkahwinan tidak sah dan anak yang lahir daripada perkahwinan terbabit boleh dikategorikan sebagai anak zina atau anak tidak sah taraf."

Nah, marilah kita berdrama sekejap. Bayangkan pengantin sunni dan syiah di malam pertama. Katakanlah suaminya sunni sementara isterinya syiah.

Senario 1:

"Ayang, abang nak."

"Abang nak apa?" Merengek manja.

"Nak tut*tut*tut*tut."

"Eii, cubit nanti."

"Bolehlah."

"Boleh. Tapi ayang ada satu pengakuan nak buat malam ini."

Pengantin lelaki berdebar. Adakah isterinya bukan dara seperti yang diimpikan?

"Ayang syiah bang. Ibu bapa ayang syiah. Ayang syiah keturunan. Moyang ayang dari Sumatera. Sejak dari zaman Pasai dan Perlak lagi kami dah syiah. Tak boleh nak ubah."

Pengantin lelaki lega, "Syiah pun syiah lah ayang. Janji abang dapat."

"Eiiiiii tak boleh bang, Hasan Din kata nanti kita dapat anak zina."

Pengantin lelaki pun dengan baran menghamun si penuduh, ".....hah di Taman Koperasi Polis II tu...(well, you fill in the blank)..."

Senario 2:

"Awak, abang nak."

"Abang nak apa?" Merengek manja.

"Nak emmm*emmm*emmm*emmm."

"Eii, saya gigit nanti."

"Eh gigitlah. Abang rela awak."

"Boleh. Tapi saya ada satu pertanyaan nak diajukan malam ini, harap abang boleh terima."

Pengantin lelaki berdebar. Adakah isterinya sedang uzur?

"Adakah abang seorang syiah? Saya tengok ibu bapa abang, mereka solat tak dekap tangan."

Pengantin lelaki lega, "Abang syiah keturunanlah awak. Ibu bapa abangkan mamak dari Pakistan, sejak dari zaman Moghul lagi keturunan kami dah syiah. Tak boleh nak ubah."

Pengantin perempuan lega, "Syiah pun syiah lah abang. Abang handsome macam Amir Khan, macam Saif Ali Khan. Cepatlah abang..."

"Eh kejap awak. Tak bolehlah kan awak, kan ulama awak yang terkenal bernama Ustaz Hasan Din al Hafiz kata nanti kita dapat anak zina."

Pengantin perempuan pun dengan angin menghamput si penuduh, "...hah di Taman Koperasi Polis II tu...(well, you fill in the blank)..."